Wednesday, April 30, 2014

Impian

Assalammualaikum wbt.

Cuti hari pekerja.. bangun awal juga, tidaklah saya bergolek-golek di atas katil. sudah terbiasa.
rezeki masuk di awal pagi.. update blog sambil klik sana sini.

Hari ini semua cuti, insyaallah mahu keluar jalan-jalan bersama suami dan anak-anak. Sudah beberapa hari dalam hati terdetik ingin memiliki rumah sendiri, tak perlu terlalu besar untuk buat permulaan. Kami belum ada rumah pertama.Cukup sekadar untuk kami sekeluarga berteduh. 

Sekarang hanya menyewa. mungkin ada rezeki lebih mahu menyewa rumah yang selesa sedikit. Syukur masih ada tempat berteduh.

Moga Allah murahkan rezeki saya sekeluarga dan anda diluar sana. Sudah lama saya tidak berangan-angan. Dulu saya selalu berangan2. mahu itu mahu ini..Seronok sebenarnya. sejak kurang sihat saya tidak mempunyai masa untuk berfikir perkara lain. 

Moga Allah permudahkan segala urusan saya. Allahuamma Ameen.

*dah lama tak buat law of attraction..tunggu dan lihat :)


No comments:

Post a Comment